Monday, July 7, 2008

rokok-'nakal' yang diperlukan

(karya ini ditulis dalam keadaan separa sedar)

menulis dalam keadaan bodoh,selepas satu percubaan berhenti merokok yang gagal.oh memang aku rasa pelik.dan skali lagi,bodoh.

sebelum ni aku ada mengkaji pasal rokok.berhenti merokok.dan merokok balik.dan aku terlalu yakin yang aku dapat berhenti.walaupun aku sedar itu hanya paksaan dalam minda aku.dan sebenarnya masih ada saki baki fikiran aku yang mengatakan aku akan hisap balik.mungkin hanya 1%.mindsetting aku begitu.dan dengan 99%,aku berhenti selama 24hari.

hah.aku blur dan masih mencuba untuk menulis.

aku baca blog abang aku.idea2nya memang btol dan menarik.cuma dia xdapat gambarkan perasaan seorang yang cuba berhenti merokok,kerana dia xpernah mencuba.satu petikan dalam blognya-[merokok adalah sangat cool (kepada perokok) dan sangat merosakkan kesihatan (pada yg tak merokok)].dan kepada yang ingin berhenti merokok,merokok adalah terlalu cool dan terlalu membahayakan kesihatan.dan setiap masa aku perlu membuat pilihan.dan sampai satu tahap dimana otak tidak begitu kuat(tambahan ejekan rakan2 mengatakan aku berhenti rokok sbb awek),merokok akan menjadi sangat cool.itu adalah hakikat.

dan proses berhenti merokok tidak akan berjaya di universiti.aku fikir.

lagi petikan dari blog abang aku-[orang yang bijak pandai, atau punyai kelebihan takkan mau berenti merokok sebab merokok bertindak sebagai 'balancer' untuk kelebihan atau kebaikan dia. contohnya, kau dapat no 1 dalam exam, so orang akan cakap "fuyyo mamat tu hisap rokok tapi tiap2 kali exam pun dpt no 1"].

ya,balancer ini amat penting.dan seseorang memang memerlukan sesuatu yang 'nakal',ataupun sedikit jahat didalam diri mereka.dan sesuatu yang 'nakal' inilah membuatkan dia tidak terlalu nerd.skema.mahupun innocent.dan sesungguhnya aku masih memerlukan ini.cubaan aku seterusnya hanyalah minimizekan pengambilan rokok.

lagi2 kwuoirzoq + untuk rokok boleh dibaca di blog abang aku.

oh,aku sudah meyokong rokok.dan aku sudah rasa yang kini aku sudah 'nakal' kembali.bodoh rasanya.

11 comments:

saya said...

kt part anda merasa bodoh??

saya said...

kt part mn anda berasa bodoh?? << lbh tepat

hari5ahaja said...

part dimana otak saya tidak kuat.dan janji saya palsu.itu saja.

the promises said...

otak kamu atau HATI kamu yg x kuat???
ha7........adakah janji palsu sm ngan
gigi palsu @ kaki pls etc??? masih boleh d upgrade lg......katakan nk shj.... =>

hari5ahaja said...

oh susahnya soalan tu.sbnrnya saya masih xboleh separatekan hati dan otak.jadi saya xdapat jawab.sori.

Anonymous said...

hahaha...ganah2....meme mu nok breti merokok ko atau angan2 mu jah??haha..

ila nicolet said...

merokok??
ada style...
truskan
hahahaha
:)

gadis C - said...

rokok = nasi...
meme ssh nop tggl....

vI0leT XXX said...

nobodies noe when death will bring u back 2 da Creator.....

Anonymous said...

merokok pom meme saudara stay 'nerd' n innocent.......... krn saudara pcaya merokok mbalancekn saudara..
ridiculousss!

Anonymous said...

hahahaha..ak ske cite yg nie...pape pn...sume pd ati ko jer....