Sunday, July 27, 2008

Tiket.Ke Syurga.

Aku selalu menulis tentang ke'normal'an manusia.Manusia yang sempurna.Perut yang berlapis-lapis dan mata juling tiada masalah(Intan,saya tak maksudkan awak),mereka masih sempurna.Dan aku telah cuba mendalami pemikiran orang-orang yang merempat.Orang-orang gila.Tiada rumah,tidur di kaki lima,stesen bas mahupun dihadapan kedai nombor ekor.Aku ada cuba bercakap dengan mereka.Kebanyakan mereka bukan gila.Mereka hanya separa gila,dimana 5/6 daripada 10 minit mereka berada di alam lain.Alam karut.Alam serba penipuan.Alam dimana tupai adalah sejenis kenderaan.Pemetik api terer bermain pingpong.Nora adalah nasi bungkus.Ataupun Khairul Azhar bercakap benar.(Khairul Azhar adalah kawan aku,dan beliau tak pernah bercakap benar.Haha).

Dan pemikiran mereka sungguh tenang dan langsung tiada masalah.Tidak perlu sibuk membuat assignment.Ataupun sibuk membuat surat gagal hadir ke kelas.Mereka hanya berbicara tentang apa yang ada dalam otak mereka.Pernah sekali aku bercakap dengan orang gila.Di tepi masjid lepas sembahyang jumaat.Namanya Mat Din.Kuku panjang dan hitam.Bulu hidung dah sampai ke pusat.Dia tanya aku.

"Eh ko dah beli tiket nak masuk syurga?"
Aku jawab "tak".

Dia pun bagi aku syiling 20sen.Dia cakap "Ko pergi masjid,masuk dalam tabung.Tolong beli tiket untuk aku sekali."

"Ohh..Ok".Aku kata.

Aku jalan nak pergi masjid.Dia panggil lagi.

"Woi,tolong kirim salam kat Nora sekali.Nora tu nasi bungkus.Dia ada kat dalam tabung tu."

"Ohh..Ok".Aku kata lagi.

Aku kata ok?? Aku pun dah tak waras agaknya.

Motif
1)Cuba menjadi tidak waras apabila bercakap dengan orang yang tak waras.
2)Orang gila bukan selalunya kejam.Layan mereka dengan baik.
3)Beri mereka gunting.Bulu hidung dah panjang sangat tu.

7 comments:

Anonymous said...

btul2 wujud ko mat din?

Anonymous said...

lapar nasi bukuh eh.

hari5ahaja said...

mat din wujud dulu.skrg aku xtau.

Anonymous said...

btul la cara aku melayan ko dgn mggunakn pemikiran yg tidak waras...

Anonymous said...

kebarangkalian utk mndpt penyakit ketidakwarasan adlh sgt tggi...bile ade pgruh2 yg tidak waras...SETUJU!!!!! hahaha

Anonymous said...

em, ada betulnya gak mat din ni walaupun dia xwaras... sbb bila diselak terjemahan al-Quran surah Al-A'raf ayat 42. Allah berfirman, "Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan kebajikan, Kami tidak akan membebani seorang melainkan menurut kesanggupannya. mereka itulah penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya"

dan membuat kebajikan termasuklah berbuat baik sesama manusia n menginfakkan harta kejalan Allah(mcm yg mat din kata, letak duit dlm tabung masjid)

huhu, memang pelik amik pengajaran dr org xwaras. Tp, org yang benar2 berfikir akan mempertimbangkan isi percakapan seseorang tanpa melihat kepada org penyampainya... hehe, jgn plak dia suruh terjun bangunan kita ikut...kena timbangkan baek n buruk, sbb kita manusia dikurniakan akal untuk berfikir... xgitu??

Anonymous said...

cian beliou(intan).....
n btul ke khairul azhar xpnh b'kata benar??hebat 2....hihi