Friday, October 24, 2008

Aku tidak amat suka di'tag'

Memang aku tidak suka,tetapi apabila seorang kawan mengetag aku,aku rasa perlulah aku jawab.Soalannya adalah '7fakta tentang anda'.Memandangkan soalan senang,aku pun cuba la jawab.Sedangkan aku rasa adegan tag mengetag ni hanya untuk budak-budak,dan tidak cool langsung.Tak apa la,aku bukan remaja sangat pun.Bulu ari-ari pun belum tumbuh.Ops aku terberi satu fakta.Tak mengapa,tinggal 6 lagi.

1)Aku amat bersyukur kerana dilahirkan lelaki,dan gemuk.Dan aku lagi bersyukur kerana gemuk masih belum dikira cacat.

2)Aku juga bersyukur kerana aku bukanlah seorang lelaki yang memakai baju polo bergambar kuda besar dibahu,dan mengangkat kolar baju.

3)Favourite food aku masa kecil adalah pensil lead.Yang warna merah rasa macam strawberi.

4)Aku bersyukur kerana hidup aku masih terancang,setakat ini.

5)Aku amat benci orang bodoh.Bukan bodoh tiada pelajaran,tetapi bodoh kerana tidak mahu menjadi bijak.

6)Aku selalu tidur pukul 11.52p.m.Sekarang sudah 11.52p.m.,aku mau tido.

Sunday, October 12, 2008

Damn bes

Aku menulis sambil study.Dan aku sudah sembahyang zohor.Untuk pengetahuan abah aku.

Aku bukan berniat nak menulis sebenarnya.Sebab aku baru lepas tengok cerita ayat-ayat cinta dan aku takut terpengaruh ke dalam penulisan.Jadi aku tidak ingin menulis dalam masa terdekat.Tapi aku terbaca blog pasal cinta sape ntah tadi,terus membuat aku nak menulis.Tak kisah la,jiwang itu lumrah kan.Kamu nak cerita kisah yang sunngggguuuuhhh romantik pun aku tak kisah.Kamu nak cerita pengalaman bersekongkong pun aku tak peduli.

Tapi masalahnya,dia tulis

'Malam tu kami keluar lagi tengok movie.Dear belanja by tengok cerita 9september.Damn bes cite tu.'

Oh tidak.Aku boleh terima kalau kamu cakap mak kamu lelaki.Tetapi jangan cakap cerita 9september bes.Betul.Aku dah tengok.Tun yang ajak aku.Serius aku menyesal.

Aku rasa ada orang cakap cerita 9september bes sebab dia belum pernah tonton cerita ni.

Saturday, October 11, 2008

Tiada tajuk no3

*butang kwuoirzoq pada keypad aku rosak.

2bulan lalu,sambungan antarajaring telah dimasukkan ke rumah aku.Dengan tujuan,abah aku boleh membaca berita terbaru melalui komputer.Aku ada ajar dia melayari laman web utusan malaysia,harian metro,harakahdaily dan blog-blog ahli politik lain.Ok la,dia pun sudah bersara.Lagi elok membaca kan.

Kadang-kadang aku balik rumah,aku ada cek blog aku sendiri.Mana la tau kalau-kalau ada awek drop no fon kat shoutbox tu.Tapi hampa,tiada.

Kadang-kadang ada juga aku cek friendster.Mana la tau kalau-kalau ada awek bagi no fon kat komen ke.Tapi hampa,tiada.

Tapi itu bukan masalah sebenar.Masalahnya adalah,aku lupa untuk clear private data.Dan aku lupa untuk logout frenster.Wtf.

Balik raya ari tu aku ada cek history pc abah aku.Rupanya dia pengikut setia blog aku.Cuma aku rasa dia tak reti nak komen.Tak mengapa la,post aku bukan teruk pun.

Bukan aku pernah tulis pasal pengalaman aku melanggan mak nyah di flat Kuala Perlis pun kan.Errr,bukan bah.Tun yang langgan.

Tuesday, October 7, 2008

Hari Raya




Tiada apa lagi yang boleh digambarkan selain dari bergambar bersama keluarga,makan ketupat dengan otak kambing dan lemak lembu.