Monday, September 8, 2008

Aku puasa.Kini.

Shaira ialah kawan aku.Dia kawan Mimie.Mimie pun kawan aku.Belajar kat Penang.Kamu tak kenal semua tu kan?Ok ok aku tukar topik.

Sudah hampir-hampir seminggu berpuasa,aku belum ponteng.Serius.
Sekarang baru pukul 10pagi,dan aku lapar.Untuk mengelakkan aku makan Nestum 3 in 1 di dalam tandas,lebih elok aku menulis blog.

Semenjak umur 5 tahun agaknya,saya diajar untuk berpuasa oleh Hj Rahim.Dia selalunya akan beri saya RM3/hari jika berpuasa.Oh ya,Hj Rahim tu ayah saya.Dia sudah tua.Dibandingkan dia dengan saya,memang saya lagi kacak.

Dulu semasa sekolah rendah,saya sudah berpuasa.Saya pergi ke sekolah dengan bangga kerana tidak membawa bekalan makanan dan air dari rumah.Di sekolah,ramai kawan-kawan saya yang tidak puasa dan mereka makan&minum di dalam kelas.Memang saya jeles,dan ternyata saya haus pada masa itu kerana cuaca panas.

Apabila saya pulang ke rumah,biasanya saya akan terus masuk(separuh badan) ke dalam peti ais,untuk tujuan menyejukkan badan.Disini memang nafsu saya tergugat.Niat asal memang saya ingin berpuasa untuk mendapatkan RM3/hari,tetapi saya tidak tahan setelah melihat udang kering yang dipek elok didalam plastik,dengan bau yang amat menggiurkan.Saya pun makan.Dibawah pengetahuan emak saya.

Sebenarnya saya haus,tetapi saya tidak tahu kenapa setiap kali pulang dari sekolah saya akan mencuri udang kering,bukannya air.Mungkin kerana kemerosotan jumlah udang kering didalam peti ais sukar dikesan emak saya.Mungkin juga,udang kering boleh menghilangkan dahaga.

Yang penting,saya dapat RM3/hari.

Dan kini memang saya berpuasa.Walaupun kadang-kadang saya mengorek hidung dan memakan laksa tanpa saya sedari.

Oh ya,lupa nak ucapkan selamat hari puasa.

*Entah kenapa aku guna 'saya'.

10 comments:

Anonymous said...

Bagus...
nnti aku call Hj.Rahim suro bg ko rm3 utk ko puasa hari ini...

selamat berpuasa..

Anonymous said...

alhamdulillah.sekurang2 nya kau mencoba.


kalau belalai sudah disunat, hukumnya wajib berpuasa.

kerana sudah baligh.







tidak berpuasa jika dan hanya jika datang haid.





alhamdulillah, tambah seorang ahli syurga.




=shaira=

hari5ahaja said...

alhamdulillah.tiada kritikan.

Anonymous said...

.........

SyahirahSaid said...

memakan laksa tanpa disedari. menarik.

selamat berpuasa!

Anonymous said...

aku dulu suka juga masuk kan 1/2 bdn dlm fridge..
maksudnya di situ dr kepala ke sbhgian drpd badan....
dan suka curi mkn tembikaiyg tersimpan di dlm nya...
itu yg plg mengiur kan bg aku pd bulan puasa zmn aku di purba kala dulu... =D

hari5ahaja said...

pinen ke?

Anonymous said...

patot la gmuk time bdk2 dlu..upenye xpose...

Anonymous said...

pinen??

Anonymous said...

ms nk blk klate tu mu xpose kan...

huhuhuhuh