Tuesday, September 2, 2008

Femes

Oh sudah lama aku tak menulis.Sibuk la tu agaknya.

Dan apabila aku tiada kerja,aku menulis.Minggu lepas aku gi Penang nak tengok bunga api merdeka.Sebelum tu pergi Permatang Pauh tengok bunga api PKR.Semua tempat sesak.Dan yang menyesakkan semua tempat tu kebanyakannya adalah mat rempit.Biasa la,mereka mencari populariti dengan merempit.Korang cari populariti dengan mem'blogging'.Sama la tu kan.Dua-dua dibenci kerajaan.

Kadang-kadang aku kurang setuju apabila ada pihak yang amat benci mat rempit.Aku bukanla menyokong,tapi jangan la benci sangat kan.Lagipun dah benci lama-lama,tak selesai pun lagi masalah ni.Nak penjara la,sebat la,sula la.Susah sangat ke nak setel.

Aku rasa mat rempit takdela teruk mana pun.Tapi apabila ia adalah budaya tidak sihat ciptaan remaja negara sendiri,ketidaksihatannya dilihat berkali-kali ganda.Kalau budaya luar yang dibawa masuk,takde la kerajaan nak basmi sampai nak sebat-sebat dan masuk penjara kan?.Budaya luar 'cool' agaknya.

Anwar ibrahim boleh sokong hindraf,tak boleh ke aku nak sokong mat rempit?

Eh itu bukan point utama sebenarnya.Point utama adalah nak jadi femes(Untuk remaja biasa).Macamana ya?

1)Merempit-Ini dianggap mencari populariti murahan.Cari seorang awek yang solid,bagi dia seluar ketat berjenama K&N(sejak bila K&N buat seluar aku pn tak tau),ajak naik motor.Pergi bersiar-siar dan buat aksi ganas ala-ala KLmenjerit.Aku rasa kamu dah cukup femes dikalangan mat rempit.
Oh ya kalau ada rezeki,malam tu berzina.

1.1)Merempit(bersendiri)-Yang ini aku baru jumpa di Penang hari tu.Naik motor ex5 yang ditambah aksesori warna-warni,main lap di roundabout dekat persiaran gurney.Ramai orang akan terpegun,termasuk pelancong asing yang ada di situ."Nice show,Malaysia!"

2)Pandai,dalam diam-Di mana-mana universiti pun,mesti ada sejenis manusia yang pandai(mungkin selalu mendapat pujian pensyarah,ataupun anugerah dekan),tetapi
dia bukanlah seorang yang kuat belajar ataupun nerd.Dia mungkin akan mengutuk pensyarah selepas mendapat beberapa pujian.Dan dia mungkin hanya pakai selipar pergi ke makmal.Agaknya itu adalah 'balancer',supaya dia tidak nampak nerd.Oh ya,selalunya dia seorang perokok.Lagi hebat kalau dia adalah fulltime pemain dota.Manusia sebegini memang akan dicemburui,mungkin oleh golongan manusia berkapasiti otak rendah,sederhana mahupun tinggi.

3)Menjadi pemuzik-Kebanyakan remaja,student terutamanya memilih untuk menjadi pemuzik.Bermain gitar atau mengetuk dram di majlis-majlis makan malam,atau masuk battle of the band.Selalunya mereka akan menjadi femes secara tiba-tiba.Lagi femes kalau ada diantara mereka yang bermain gitar sambil memakai cermin mata hitam yang bingkainya (bukan bikarnya) berwarna putih dan saiznya sebesar sidemirror kereta kancil.

4)Berpakaian bagus-bagus,dan menarik perhatian-Ini adalah antara trend terbaru(di perlis).Memakai pakaian yang bertulis perkataan-perkataan melayu dan cukup besar.
Biasanya font helvetica bersaiz paling besar.Antaranya 'Saya jiwa kosong','aku mau couple', ataupun 'otak anda kosong'.Tiada masalah pun sebenarnya.Cuma pastikan ia tidak bertulis
'liwat saya dan bersumpah'.Ok fine tak kelakar lagi.

5)Ada kereta ala-ala impak maksima-Kebanyakan pelajar-pelajar terutamanya

Sori,post ini akan disambung lain kali.Aku baru shave bulu ketiak dan memang tak selesa.Bye.

11 comments:

fackaladingdong said...

jom buat t-shirt "liwat saya dan bersumpah"...

Anonymous said...

pengotor

mukrimania said...

saya da bgtaw anda...
sume org nk femes.
itu adalah hakikat...

saya ingat saya dlm kategori no 4...
tp apabila baca sapa abis...
itu bkn cara saya.

huh.

hari5ahaja said...

aku kenal kau anonymous yg tulis pengotor.haha

Tun said...

jujur mu bila menulis blog.
xpernah jujur di dunia nyata.


contoh : haris jijik.shave ketiak ats katil ali dan selebihnya meletakkan ke bwh bantal terap.

SyahirahSaid said...

"liwat saya dan bersumpah". Haha. LAWAK.

nadiah said...

aku ske penulisan kau. sgttt!

Anonymous said...

ini shaira.

kamu mmg benar.tp lg benar jika kamu eja bikar (merujuk kepada perenggan ke-10 entri) menggunakan perkataan - b.i.n.g.k.a.i = bingkai.

bukan bikar.



setahu ilmu spm saya, bikar adalah beaker (a glass cup with straight sides that is used in chemistry for measuring and heating liquids)- longman dictionary of contemporary english


i love u. bersedia untuk post lebih menarik.kau hebat!






* kau juga hensem

hari5ahaja said...

komen yg aku paluig suka setakat ini.terasa bodoh dan pandai dalam satu masa.dan bikar itu dah pun ditukar menjadi bingkai.

*tersas pandai adalah apabila kau puji aku hensem.

Anonymous said...

bermain gtar smbil mamakai cermin mata hitam yang bingkainya (bukan bikarnya) berwarna putih dan saiznya sebesar sidemirror kereta kancil adalah sukar.sukar bg org yg bermain gitar jika 'by heart' die xpower...
mereka tidak akan nampak dan salah menekan kord...

disebabkn itu pemuzik tersebut tidak memakai kaca mata itu....=)

bijok demo...!!!=D

Anonymous said...

cmne plak klu ppuan yg ske t'gedik2 2????xdpt femes ke???huh!!!ak arap ak bkn jenis t'gedik2 nie...(pe ak ckp nie??adoi...)