Wednesday, September 24, 2008

Jujur

Sesekali aku rasa aku perlu menulis dengan serius.Tiada lagi unsur-unsur penipuan yang kamu tak dapat kesan.Mungkin aku perlu sedikit jujur.

Bercakap tentang jujur,aku rasa aku perlu sedikit memberi pendedahan tentang jujur.Ini tidak termasuk jujur dalam percintaan.Seperti kawan aku Tun,dia mungkin jujur di alam percintaan.Tapi peduli apa aku.

Aku juga tidak jujur.Semua orang tahu(termasuk lecturer,mak,bapak,ayah,ibu,kakak,pak guard,kawan-kawan).Kerapkali aku membuat salinan mc palsu untuk diberikan kepada lecturer.Kerapkali juga aku meminta duit dari ibuku,konon-kononnya untuk yuran perkhemahan dan beli selipar.Sedangkan aku tak pernah beli selipar sejak aku masuk diploma.Lagipun sudah banyak selipar di sini.

Kalau ada antara kamu yang betul-betul jujur,jangan baca blog aku lagi.

Apa yang aku perlu aku dedahkan ialah jujur dengan kawan-kawan.Aku pun ada menipu.Ya,memang banyak.Tapi,yang penting adalah pastikan kawan kamu tahu yang situasi kamu pada masa itu adalah "tidak serius".Ia memang penting.Reaksi muka kamu memainkan peranan penting.Kamu boleh sedikit menipu/mengutuk/mengeji/
bergurau-senda/kurang ajar dengan kawan-kawan/lecturer/ibubapa/pak guard/makcik kafe jika reaksi muka kamu berfungsi dengan baik.Sesetengah golongan manusia yang sedikit menipu/mengutuk/mengeji/bergurau-senda/kurang ajar dengan kawan-kawan/lecturer/ibubapa/pak guard/makcik kafe tanpa reaksi muka yang betul,selalunya berakhir dengan satu insiden yang menyedihkan.Mungkin ditampar sehingga muntah.

Selalunya,aku akan menegur perempuan-perempuan yang kelihatan gelisah/resah.Dengan reaksi muka yang betul,aku tanya "senggugut ke?".Aku rasa jika kau tanya soalan itu kepada seseorang dengan reaksi muka dan nada suara yang salah,kau mungkin dipijak sehingga muntah dan keluar tahi.Begitu juga jika kamu menyampuk lecturer yang sedang mengajar(dengan tujuan membuat lawak),pastikan reaksi muka dan nada suara kamu bersesuaian dengan situasi.

Kamu sebenarnya tak perlu jujur sangat.Tapi dalam kehidupan seharian,bersama kawan-kawan disekeliling,kamu memang perlu jujur.Sebagai contoh;kamu seorang perokok dan kawan kamu pun perokok.Kamu beli rokok,kawan kamu pow.Kamu beli lagi,kene pow lagi.Beli lagi,kena pow lagi.Situasi ini benar-benar pernah berlaku kepada aku.Sejujurnya,aku bukan kedekut untuk berkongsi rokok.Selagi aku mampu untuk beli,selagi tu aku akan bagi.Tapi kadang-kadang memang akan rasa bodoh atau dibodoh-bodohkan.Aku tak suka.Sumpah.Wallahi wabillahi wapa'lahi.

Lagipun,sebatang rokok aku bagi,sekali cubaan aku untuk membunuh kawan sendiri.Aku sayang kau bak!Err maaf tersasul.

10 comments:

mukrimania said...

tak serius pom...

TUN said...

oh tidakkk...mu oyak aku jujur brcinta..
jujurmu tidak jujur langsung.
selain tidakboleh dipercayai,anda juga tidak serius.

amMal said...

haha..pdhal jujurlah yg mu kdekut rokok..rokok da mhl kan...dlm kate lain, mu nak oyak (bli sndiri r kalo nak rokok)...btul dop?haha

hari5ahaja said...

paling serius aku leh wat.

Anonymous said...

serius ker mu syg bak???

jujur ea???

terbangBE|LoNterbang said...

jujur aku kata kan ko perlu berhenti beli rokok... untuk mengelakkan bak tidak lagi pow rokok ko..

Anonymous said...

Wallahi wabillahi wapa'lahi.


salah beb.
kau mmg x sebijak saiful.
sebab tu kau x meliwat orang.


Wallahi wabillahi waTa'lahi.


-tun teja penang-

x::ZLF::x said...

Mg syg aku ka??nok cium aku dok??

hari5ahaja said...

nk la bak.5kali buleh?

hari5ahaja said...

nk la bak.5kali buleh?