Wednesday, September 24, 2008

Jujur

Sesekali aku rasa aku perlu menulis dengan serius.Tiada lagi unsur-unsur penipuan yang kamu tak dapat kesan.Mungkin aku perlu sedikit jujur.

Bercakap tentang jujur,aku rasa aku perlu sedikit memberi pendedahan tentang jujur.Ini tidak termasuk jujur dalam percintaan.Seperti kawan aku Tun,dia mungkin jujur di alam percintaan.Tapi peduli apa aku.

Aku juga tidak jujur.Semua orang tahu(termasuk lecturer,mak,bapak,ayah,ibu,kakak,pak guard,kawan-kawan).Kerapkali aku membuat salinan mc palsu untuk diberikan kepada lecturer.Kerapkali juga aku meminta duit dari ibuku,konon-kononnya untuk yuran perkhemahan dan beli selipar.Sedangkan aku tak pernah beli selipar sejak aku masuk diploma.Lagipun sudah banyak selipar di sini.

Kalau ada antara kamu yang betul-betul jujur,jangan baca blog aku lagi.

Apa yang aku perlu aku dedahkan ialah jujur dengan kawan-kawan.Aku pun ada menipu.Ya,memang banyak.Tapi,yang penting adalah pastikan kawan kamu tahu yang situasi kamu pada masa itu adalah "tidak serius".Ia memang penting.Reaksi muka kamu memainkan peranan penting.Kamu boleh sedikit menipu/mengutuk/mengeji/
bergurau-senda/kurang ajar dengan kawan-kawan/lecturer/ibubapa/pak guard/makcik kafe jika reaksi muka kamu berfungsi dengan baik.Sesetengah golongan manusia yang sedikit menipu/mengutuk/mengeji/bergurau-senda/kurang ajar dengan kawan-kawan/lecturer/ibubapa/pak guard/makcik kafe tanpa reaksi muka yang betul,selalunya berakhir dengan satu insiden yang menyedihkan.Mungkin ditampar sehingga muntah.

Selalunya,aku akan menegur perempuan-perempuan yang kelihatan gelisah/resah.Dengan reaksi muka yang betul,aku tanya "senggugut ke?".Aku rasa jika kau tanya soalan itu kepada seseorang dengan reaksi muka dan nada suara yang salah,kau mungkin dipijak sehingga muntah dan keluar tahi.Begitu juga jika kamu menyampuk lecturer yang sedang mengajar(dengan tujuan membuat lawak),pastikan reaksi muka dan nada suara kamu bersesuaian dengan situasi.

Kamu sebenarnya tak perlu jujur sangat.Tapi dalam kehidupan seharian,bersama kawan-kawan disekeliling,kamu memang perlu jujur.Sebagai contoh;kamu seorang perokok dan kawan kamu pun perokok.Kamu beli rokok,kawan kamu pow.Kamu beli lagi,kene pow lagi.Beli lagi,kena pow lagi.Situasi ini benar-benar pernah berlaku kepada aku.Sejujurnya,aku bukan kedekut untuk berkongsi rokok.Selagi aku mampu untuk beli,selagi tu aku akan bagi.Tapi kadang-kadang memang akan rasa bodoh atau dibodoh-bodohkan.Aku tak suka.Sumpah.Wallahi wabillahi wapa'lahi.

Lagipun,sebatang rokok aku bagi,sekali cubaan aku untuk membunuh kawan sendiri.Aku sayang kau bak!Err maaf tersasul.

Thursday, September 18, 2008

Tiket.Ke neraka.

*Sedikit unsur menjijikkan dimasukkan kedalam post ini.Ibu hamil dan wanita mengandung ditegah dari membaca.


Cerita ini sudah lama sebenarnya.Semalam.Disebabkan aku berpuasa dan aku selalu tengok jam,masa menjadi makin lambat.A watched kettle doesn't boil.Kata mat salleh.Tapi itu tak penting.

Sekejap aku cari lighter.

Ok.3 hari lepas aku balik kampung.Naik bas.Biasa la,naik bas aku terus tidur.Kroihh..Aku sedar,bas sudah berhenti.Dalam pukul 1.30 a.m.Aku turun,ada restoran dan tandas.Aku tak lapar.Jadi aku tak makan.Aku nyalakan rokok sebatang,berak sikit,aku naik bas.Aku terperasan,rupa-rupanya seat belakang aku ada orang gila.Pakai seluar pendek.Pakai singlet.Kuku dan rambut panjang.Bau macam tenggiling.Serius.Aku cuma harap dia tak bertindak luar kawalan.

Aku cuba untuk tidur lagi.Tapi tak berjaya.

Pukul 3.27 a.m-Bas berhenti lagi,ada orang nak turun.Orang gila belakang aku pun turun.Dia rush,macam nak cepat.Alhamdulillah.(aku tak cakap pun sebenarnya).

Pukul 3.35 a.m-Orang gila naik bas balik dan ada satu bau seperti bau tahi.Bau yang membuak-buak.Semua orang dalam bas tutup hidung. Sumpah aku tak tipu.Dia turun pergi berak rupanya.Kat kawasan bas berhenti tu memang tiada tandas dan aku rasa dia berak tepi jalan.Tak pun dalam longkang.Dan tak basuh.What the fuck!(memang aku cakap).Tapi aku cuba berfikir secara optimis.Aku kata dalam hati,"Orang gila,biasa la.Orang gila,biasa la.Orang gila,biasa la."

Sampai pukul 6 a.m aku menghidu bau itu.Bau yang mengkhayalkan.Sesekali aku toleh ke belakang,dan berharap agar tahi itu cepat kering.Agar hilang bau itu.

Sampai Kangar,beliau turun.Dengan bangganya.Dia kata terima kasih kat driver bas.Dia keluarkan henset dari beg,dan telefon seseorang.Bercakap seperti manusia normal.

Celaka!Kau tak gila.

Manusia normal,memang kau tempah tiket ke neraka.Pergi jahanam.

Monday, September 8, 2008

Aku puasa.Kini.

Shaira ialah kawan aku.Dia kawan Mimie.Mimie pun kawan aku.Belajar kat Penang.Kamu tak kenal semua tu kan?Ok ok aku tukar topik.

Sudah hampir-hampir seminggu berpuasa,aku belum ponteng.Serius.
Sekarang baru pukul 10pagi,dan aku lapar.Untuk mengelakkan aku makan Nestum 3 in 1 di dalam tandas,lebih elok aku menulis blog.

Semenjak umur 5 tahun agaknya,saya diajar untuk berpuasa oleh Hj Rahim.Dia selalunya akan beri saya RM3/hari jika berpuasa.Oh ya,Hj Rahim tu ayah saya.Dia sudah tua.Dibandingkan dia dengan saya,memang saya lagi kacak.

Dulu semasa sekolah rendah,saya sudah berpuasa.Saya pergi ke sekolah dengan bangga kerana tidak membawa bekalan makanan dan air dari rumah.Di sekolah,ramai kawan-kawan saya yang tidak puasa dan mereka makan&minum di dalam kelas.Memang saya jeles,dan ternyata saya haus pada masa itu kerana cuaca panas.

Apabila saya pulang ke rumah,biasanya saya akan terus masuk(separuh badan) ke dalam peti ais,untuk tujuan menyejukkan badan.Disini memang nafsu saya tergugat.Niat asal memang saya ingin berpuasa untuk mendapatkan RM3/hari,tetapi saya tidak tahan setelah melihat udang kering yang dipek elok didalam plastik,dengan bau yang amat menggiurkan.Saya pun makan.Dibawah pengetahuan emak saya.

Sebenarnya saya haus,tetapi saya tidak tahu kenapa setiap kali pulang dari sekolah saya akan mencuri udang kering,bukannya air.Mungkin kerana kemerosotan jumlah udang kering didalam peti ais sukar dikesan emak saya.Mungkin juga,udang kering boleh menghilangkan dahaga.

Yang penting,saya dapat RM3/hari.

Dan kini memang saya berpuasa.Walaupun kadang-kadang saya mengorek hidung dan memakan laksa tanpa saya sedari.

Oh ya,lupa nak ucapkan selamat hari puasa.

*Entah kenapa aku guna 'saya'.

Tuesday, September 2, 2008

Femes

Oh sudah lama aku tak menulis.Sibuk la tu agaknya.

Dan apabila aku tiada kerja,aku menulis.Minggu lepas aku gi Penang nak tengok bunga api merdeka.Sebelum tu pergi Permatang Pauh tengok bunga api PKR.Semua tempat sesak.Dan yang menyesakkan semua tempat tu kebanyakannya adalah mat rempit.Biasa la,mereka mencari populariti dengan merempit.Korang cari populariti dengan mem'blogging'.Sama la tu kan.Dua-dua dibenci kerajaan.

Kadang-kadang aku kurang setuju apabila ada pihak yang amat benci mat rempit.Aku bukanla menyokong,tapi jangan la benci sangat kan.Lagipun dah benci lama-lama,tak selesai pun lagi masalah ni.Nak penjara la,sebat la,sula la.Susah sangat ke nak setel.

Aku rasa mat rempit takdela teruk mana pun.Tapi apabila ia adalah budaya tidak sihat ciptaan remaja negara sendiri,ketidaksihatannya dilihat berkali-kali ganda.Kalau budaya luar yang dibawa masuk,takde la kerajaan nak basmi sampai nak sebat-sebat dan masuk penjara kan?.Budaya luar 'cool' agaknya.

Anwar ibrahim boleh sokong hindraf,tak boleh ke aku nak sokong mat rempit?

Eh itu bukan point utama sebenarnya.Point utama adalah nak jadi femes(Untuk remaja biasa).Macamana ya?

1)Merempit-Ini dianggap mencari populariti murahan.Cari seorang awek yang solid,bagi dia seluar ketat berjenama K&N(sejak bila K&N buat seluar aku pn tak tau),ajak naik motor.Pergi bersiar-siar dan buat aksi ganas ala-ala KLmenjerit.Aku rasa kamu dah cukup femes dikalangan mat rempit.
Oh ya kalau ada rezeki,malam tu berzina.

1.1)Merempit(bersendiri)-Yang ini aku baru jumpa di Penang hari tu.Naik motor ex5 yang ditambah aksesori warna-warni,main lap di roundabout dekat persiaran gurney.Ramai orang akan terpegun,termasuk pelancong asing yang ada di situ."Nice show,Malaysia!"

2)Pandai,dalam diam-Di mana-mana universiti pun,mesti ada sejenis manusia yang pandai(mungkin selalu mendapat pujian pensyarah,ataupun anugerah dekan),tetapi
dia bukanlah seorang yang kuat belajar ataupun nerd.Dia mungkin akan mengutuk pensyarah selepas mendapat beberapa pujian.Dan dia mungkin hanya pakai selipar pergi ke makmal.Agaknya itu adalah 'balancer',supaya dia tidak nampak nerd.Oh ya,selalunya dia seorang perokok.Lagi hebat kalau dia adalah fulltime pemain dota.Manusia sebegini memang akan dicemburui,mungkin oleh golongan manusia berkapasiti otak rendah,sederhana mahupun tinggi.

3)Menjadi pemuzik-Kebanyakan remaja,student terutamanya memilih untuk menjadi pemuzik.Bermain gitar atau mengetuk dram di majlis-majlis makan malam,atau masuk battle of the band.Selalunya mereka akan menjadi femes secara tiba-tiba.Lagi femes kalau ada diantara mereka yang bermain gitar sambil memakai cermin mata hitam yang bingkainya (bukan bikarnya) berwarna putih dan saiznya sebesar sidemirror kereta kancil.

4)Berpakaian bagus-bagus,dan menarik perhatian-Ini adalah antara trend terbaru(di perlis).Memakai pakaian yang bertulis perkataan-perkataan melayu dan cukup besar.
Biasanya font helvetica bersaiz paling besar.Antaranya 'Saya jiwa kosong','aku mau couple', ataupun 'otak anda kosong'.Tiada masalah pun sebenarnya.Cuma pastikan ia tidak bertulis
'liwat saya dan bersumpah'.Ok fine tak kelakar lagi.

5)Ada kereta ala-ala impak maksima-Kebanyakan pelajar-pelajar terutamanya

Sori,post ini akan disambung lain kali.Aku baru shave bulu ketiak dan memang tak selesa.Bye.