Tuesday, May 13, 2008

abaikan tajuk # 1

berada di rumah.hidup aku cukup tenang.cukup tenang.apabila aku cukup tenang,tidak akan aku menghabiskan masa utk menulis blog.sbb,blogging hanya medium utk menenangkan jiwa.paham?

p/s: # pada tajuk bermakna nombor.

Sunday, May 4, 2008

liar liar

orait.entri kali ni,tiada lagi tentang kuoirzoq.mungkin kamu sudah faham.atau menyampah.ok.dan aku sudah buktikan yang kuoirzoq manusia memang 100.

smalam aku keluar,naik motor,pergi jom heboh,ronda kangar.tiada apa2 yang menyeronokkan,melainkan melihat minah rempit dengan cutting badan A+.aku boring,aku berhenti di kedai,minum air milo ais.berbual tentang masalah remaja masa kini.habis segelas air,aku nak terkencing.aku ke tandas,aku kencing.dalam lubang tandas.bukan dalam sinki,macam abang aku.

mmg semasa kencing,aku tengok atas.ataupun pada dinding,sambil memerhati tulisan2 dan lukisan2 buruk hasil ciptaan manusia berotak kapasiti rendah.aku tertengok atas tangki air,ada wallet polo warna kelabu,sudah pudar.frekuensi degupan jantung aku meningkat.mungkin terkejut.aku ambil,aku bukak.aku tgk duit.ada 30.bukan 30#,tp rm30.aku xambil(mgkn sbb sikit sangat).aku keluar tandas,aku bagi kat tauke kedai.dia cakap terima kasih.aku cakap,biasa la.

point no 1-aku jujur.betul.

aku start motor,pusing2 lagi.semasa memandu aku terfikir,kenapa aku begitu jujur,memandangkan iman aku yang tidak (begitu) kuat.huhh.

ok.aku dah set mind aku.aku benci penipu.menipu dengan tidak confident.ataupun menokok tambah sesuatu cerita supaya ia lebih menarik.macam seorang kawan aku.(identiti adalah rahsia).setiap ceritanya pasti ditokok tambah.mungkin supaya lebih menarik,kelakar atupun lebih panjang.10 patah perkataan yang dia kata,pasti ada lagi sepuluh yang dia menipu.

aku tau,sebab dia selalu kantoi dgn aku.sekali pernah aku terdengar dia menceritakan pengalamannya bersama aku,kepada seorang lagi kawan aku.masa tu aku buat2 tidur.aku curi2 dengar.memang banyak yang di tambah2.dan ternyata cerita itu seronok dan kelakar.

aku search wikipedia.aku jumpa.manusia jenis ini dipanggil 'pathological liar'.menipu untuk meunjuk-nunjuk,keseronokan,ataupun saja2 menjadikan cerita lebih menarik.bodoh.memang aku xleh terima.dan sebenarnya memang ramai pathological liar.kita boleh detect.ok,aku bagi kamu link.bukak dan baca sendiri.pathological liar

sudah.aku mau pergi breakfast.di mcD.dgn awek.

point no 2-aku sudah terikut dgn kwn aku.wtf.

Saturday, May 3, 2008

ya.anda adalah normal

ada orang ym aku.kawan aku.aku kenal dia.rapat.(identiti dirahsiakan).dia cakap,kwuoirzoq dia mencecah 1000#.oh Tuhan saya!!,hebat betul.aku tau,dia ckp cmtu sbb nk pangkah idea dan fatwa aku.ok fine.kira2 kamu mungkin macam tu.ok,aku xbrape kisah.katanya,# dia adalah:

1) kecantikan=500#(mungkin mengalahkan maria ozawa)
2)kebijaksanaan=200#
3)happy dalam hidup=200#
4)keluarga bahagia=100#

total=1000#,tiada -#.

hebat btol.aku xsangka.

klau aku,aku bagi dia -900#, sebab meletakkan # untuk kecantikan lebih dari # kebijaksanaan.
ok,sekarang sudah normal.dia sudah jadi 100#.

taw?

Friday, May 2, 2008

kwuoirzoq-tambahan kefahaman

oh.untuk sesiapa yang otak lembab.err maksud aku efficiency otak yang rendah.rujuk blog ini.ia mungkin mambantu anda memahami kwuoirzoq.www.jujurdanradikal.blogspot.com

kwuoirzoq

sungguh bosan.aku menulis blog,walaupun ini bukan karier aku yg sebenar.aku study engineering.bukan lawyer,bukan medic mahupun art.art is a lie.kata orang.tp itu xpenting.

aku tunggu masa untuk tidur.sggh bosan,lagi2 macam malam ni.mungkin otak aku terlebih aktif dan banyak berfikir.aku rasa panas dan gelisah.macam current 800 volts mengalir di serebrum aku.aku letak kepala atas bantal,berjuta macam benda yg difikirkan.khayalan.bukan adegan khayalan tun teja.tapi khayalan di alam maya.

ada juga unsur2 lucah yang masuk dalam khayalan aku.itu aku xkisah.bagus.

xdpt tido,aku bangun.call mak aku.sembang2,cari point nk mintak duit.biasa la bujang.sembang pasal exam petang td.aku bgtau dia aku xdapat jawab.dia cakap biasa la,kau malas.aku kata ok.manusia,bukan perfect.

memang manusia xperfect.aku tau,sebab aku slalu kaji seseorang.aku akan cari kelebihan dia.aku cari kelemahan dia.seronok buat begini.klau aku jumpa kawan baru,aku berikan dia markah 100#.aku jumpa kelebihan dia,aku up lagi.mungkin jadi 120#.mungkin 150#.based on apa kelebihan dia.aku cari lagi keburukan dia.aku jumpa.aku tolak balik.mungkin jadi 100# balik.ataupun 80#.aku cari lagi,aku tambah lagi.yang penting,markah akhir dia adalah 100#.

(# adalah unit si bg kelebihan@kekurangan.cara bacaannya adalah kwuoirzoq)

pernah juga aku pening dalam membuat kira2 ini.kalau mengira seorang yang hampir perfect,agak susah.banyak kelebihannya.hensem,ada kereta besar,ada awek yg mantap,pandai,wangi dll.mungkin markahnya mencecah 200#,atau lebih.dan aku harus mencari keburukannya.supaya markah akhirnya adalah 100#.kdg2 aku xjumpa keburukannya.lalu aku simpulkan.mungkin nanti dia akan terkena cancer@kemalangan lalu terseksa.dan markah untuk terkena cancer@kemalangan lalu terseksa adalah -100#.dan markah akhir beliau adalah 100#.oh kejamnya aku.tolak kwuoirzoq aku.
slalunya,mengira # untuk kebanyakan orang adalah senang.slalunya untuk kekayaan,aku bagi 30#.untuk bakat seni,aku bg 40#.untuk xhensem,aku bagi -20#.untuk nafas yg berbau,aku bagi -60#(aku cukup benci).dan banyak lagi.itu adalah kira2 aku.kamu boleh reka kira2 kamu sendiri.

ok.mungkin sudah cukup.reka kira2 sendiri.dan kwuoirzoq orang sekeliling kamu.ia akan membuat kamu rasa sempurna.kaji saja sape2 pun,termasuk artis,pemimpin mahupun pengemis.

brad pitt-mana kamu tau mulut dia xbusuk?