Saturday, August 9, 2008

Status

Post ini bukanlah satu cubaan meluahkan isi hati yang gusar ini.Huhh.

Aku baru lepas baca blog abang aku.TehDanKehidupan.Ada satu post bertajuk cinta dan pengorbanan.Dan satu-satunya ayat yang paling suka ialah jiwang itu lumrah.Ok ,aku tak berniat nak menulis tentang cinta.Walaupun ia seronok.Mungkin.

Jiwang itu lumrah.Mungkin betul.Fikiran kita juga diracuni dengan benda-benda begitu.Mungkin juga dipengaruhi oleh drama-drama swasta melayu.Ombak rindu,janji diana, ataupun sembilu.Kamu mungkin malu nak tengok cerita-cerita begitu.Ok ok kamu mungkin ganas dan cool.Habis,cerita apa kamu tengok??Transformers?Ong-bak??

Ok la kamu tengok ong-bak.Cerita aksi yang cukup bertenaga.Aksi tumbuk-menumbuk mengalahkan gerak khas.Hero yang amat macho.Pukul musuh menggunakan gading gajah.Siap boleh lawan 20 orang sekaligus.Tapi malangnya dia juga menjadi blur setelah mendapat surat awek dari kampung dan terus kena pukul.Haih.Malang sungguh.


Ok tak mengapa.Aku ada cuba mengenal pasti beberapa tafsiran manusia pasal cinta.

  1. Manusia yang amat resah bila tiada awek-Memang aku kesian dengan manusia jenis ini.Hidup mereka ditentukan orang lain.Manusia jenis ini agak bagus sebab apabila dia dapat awek,dia akan jaga betul-betul.Dan agak malang bagi awek-awek itu kerana mereka mungkin orang yang ke-18.
  2. Manusia yang mencari awek tapi tak pernah dapat-Mungkin golongan ini adalah golongan paling malang.Tapi tidak mengapa.Sekurang-kurangnya hidup kamu tidak ditentukan oleh sesiapa.
  3. Manusia yang tiada awek dan tidak cuba mencari awek-Golongan yang agak cool(bagi aku).Manusia didalam golongan ini mungkin gay,ataupun tiada nafsu.Tapi jangan risau.Banyakkan membaca novel-novel seperti Cinta Sofea dan Menghakis Kasih.
  4. Manusia yang ada awek dan masih cool-Manusia yang berada didalam golongan ini amat hebat.Mereka tidak terlalu taksub dengan awek yang mereka ada.Dan aku masih tak terpinggir.Itu yang penting.Contoh golongan ini adalah abang aku,durian dan sepupu aku,pokloh.
  5. Manusia yang ada awek dan terlalu taksub-Golongan ini sepatutnya dihantar ke neraka.Memang patut dibenci.Dan aku yakin kamu pernah jumpa manusia jenis ini.Manusia jenis ini perlu mengurangkan pengambilan minuman bertenaga seperti tongkat ali.Ok fine.Tak kelakar.

Hah.Mungkin ada lagi golongan yang aku tak jelaskan.Cari sendiri.Yang penting kamu kena tahu yang kamu dan gf/bf berada di golongan yang nombor berapa.


Mat Terap di no-1.
Tun di no-2.
Muyen di no-3.
Durian di no-4.
TehDanKehidupan di no-5.
Dan aku di no-6.Nanti aku sambung post ini.

16 comments:

TUN said...

memandangkan mu mengkategorikan aku nombor 2,aku mengkategorikan mu no 6.
seperti berikut :-

berpegang kepada prinsip 'awek mu,awek ku jua'.
(awek = muyen)

hari5ahaja said...

aku tidak gay..tp kadang2 bak menggugat iman aku..haha

Anonymous said...

saya golongan ke 7

mukrimania said...

"Manusia yang tiada awek dan tidak cuba mencari awek-Golongan yang agak cool(bagi aku).Manusia didalam golongan ini mungkin gay,ataupun tiada nafsu.Tapi jangan risau.Banyakkan membaca novel-novel seperti Cinta Sofea dan Menghakis Kasih." <--- anda silap. kategori ini juga bernafsu normal..dan percayakan adat mahupun takdir...insyALLAH.

Anonymous said...

bagaimana dengan golongan yang dah ada awek tapi masih tak sedar status diri dan sibuk nak mengorat awek orang lain?

huhu.

hari5ahaja said...

malang bagi awek dia.eh aku bukan pakar pn sbnrnya.haha.

untuk muyen--anda terlalu cool!!tp usaha kene ada.yeng kawe xreti bercinta yeng.haha

Mummy Hanny said...

teh golongan ke-5???? hahahaha

Anonymous said...

cool

Anonymous said...

kambing

mimi said...
This comment has been removed by the author.
mimi said...

aki - no 4

Anonymous said...

pokloh mano sepupu mung nih?

hari5ahaja said...

waris.buke spupu.alik abah,aku xtau jgk.

Anonymous said...

gue rasa lu x msk dlm mana2 kategori...msh mencari identiti...ada btl?

hari5ahaja said...

btol.tp gua bukan cari identiti.gua cari awek!

Anonymous said...

nie juz tuk laki je ke??ppuan nye???
pe yg no7 2?
nk gak ak tau...