Thursday, December 18, 2008

sibuk



sibuk.nampak tu tengah sibuk.

Wednesday, December 10, 2008

Kawan baik aku.Tiada lagi.



Gambar diatas memang kurang sesuai,sebab mereka bukan kawan baik aku.Tapi tak apa,aku kelihatan kacak dalam gambar ini.

Aku sekarang sedang menjalani latihan industri.Ataupun praktikal.Rumah baru,tempat kerja baru,waktu tidur baru,kawan baru dan stage hidup baru.Kerja pkl 8-5.Siapa kata tak letih.

Aku cuba sedaya upaya menjadikan stage baru ini seronok.Walaupun kadang-kadang aku memaksa.Tak apa,susah ke senang,ia adalah perjalanan hidup aku.

Oh ya aku sebenarnya teringat kat member aku.Tidak perlu aku senaraikan nama mereka.Tapi betul aku baru sedar yang betapa seronoknya ada mereka.Geng-geng warisan.Dan geng-geng bukan warisan.

Aku memang rindukan mereka.Waktu makan dengan mereka.Sambil berborak-borak mesra.Mengutuk-ngutuk sesama sendiri.Dan ada juga mengutuk-ngutuk awek sebelah meja yang pakai seksi tapi menampakkan ketiak hitam yang berbulu.Tiada masalah,asalkan aku seronok.

Berbanding sekarang,aku minum sorang-sorang.Mengharapkan ada remaja sama naluri yang datang menegur aku,dan minum sama-sama.

Tapi tidak ada.