Monday, July 28, 2008

Tiada tajuk #2




Your Dominant Intelligence is Interpersonal Intelligence



You shine in your ability to relate to and understand others.

Good at seeing others' points of view, you get how people think and feel.

You have an uncanny ability to sense true feelings, intentions, and motivations.

A natural born leader, you are great at teaching and mediating conflict.



You would make a good counselor, salesperson, politician, or business person.



Walaupun post aku pasal politik tak bes.Tak mengapa.Dan aku tak melibatkan diri dalam multilevel marketing.Jangan pukul aku!

Sunday, July 27, 2008

Tiket.Ke Syurga.

Aku selalu menulis tentang ke'normal'an manusia.Manusia yang sempurna.Perut yang berlapis-lapis dan mata juling tiada masalah(Intan,saya tak maksudkan awak),mereka masih sempurna.Dan aku telah cuba mendalami pemikiran orang-orang yang merempat.Orang-orang gila.Tiada rumah,tidur di kaki lima,stesen bas mahupun dihadapan kedai nombor ekor.Aku ada cuba bercakap dengan mereka.Kebanyakan mereka bukan gila.Mereka hanya separa gila,dimana 5/6 daripada 10 minit mereka berada di alam lain.Alam karut.Alam serba penipuan.Alam dimana tupai adalah sejenis kenderaan.Pemetik api terer bermain pingpong.Nora adalah nasi bungkus.Ataupun Khairul Azhar bercakap benar.(Khairul Azhar adalah kawan aku,dan beliau tak pernah bercakap benar.Haha).

Dan pemikiran mereka sungguh tenang dan langsung tiada masalah.Tidak perlu sibuk membuat assignment.Ataupun sibuk membuat surat gagal hadir ke kelas.Mereka hanya berbicara tentang apa yang ada dalam otak mereka.Pernah sekali aku bercakap dengan orang gila.Di tepi masjid lepas sembahyang jumaat.Namanya Mat Din.Kuku panjang dan hitam.Bulu hidung dah sampai ke pusat.Dia tanya aku.

"Eh ko dah beli tiket nak masuk syurga?"
Aku jawab "tak".

Dia pun bagi aku syiling 20sen.Dia cakap "Ko pergi masjid,masuk dalam tabung.Tolong beli tiket untuk aku sekali."

"Ohh..Ok".Aku kata.

Aku jalan nak pergi masjid.Dia panggil lagi.

"Woi,tolong kirim salam kat Nora sekali.Nora tu nasi bungkus.Dia ada kat dalam tabung tu."

"Ohh..Ok".Aku kata lagi.

Aku kata ok?? Aku pun dah tak waras agaknya.

Motif
1)Cuba menjadi tidak waras apabila bercakap dengan orang yang tak waras.
2)Orang gila bukan selalunya kejam.Layan mereka dengan baik.
3)Beri mereka gunting.Bulu hidung dah panjang sangat tu.

Tiada Tajuk #1

Ye.Slamat Malam.

Mulai post ini,aku akan menulis dengan menggunakan huruf kecil,huruf besar,koma,noktah dan penggunaan wacana yang betul.Dan tiada lagi singkatan dalam penulisan.Okay.

Ye.Slamat Malam.
Err...Selamat Malam.

p/s: # Pada tajuk bermakna nombor.Bukan kwuoirzoq.

Friday, July 18, 2008

liwat,debat,liwat,debat.

aku sudah menyampah baca paper.xde isu lain.liwat,debat,liwat,debat.seminggu berturut2 anwar menjadi tajuk utama utusan malaysia.cukup la wei.cuba tukar ngan orang lain.datuk k ke.ramli sarip ke.mereka pn ada potensi utk meliwat@diliwat.

ari tu.aku cuma terkejut bila anwar dituduh meliwat.ye la,meliwat tu kalau 'diimaginasikan' adalah situasi yang kelakar.dan untuk tuduhan kali ke dua,ia menjadi sesuatu yang amat kelakar.tp xtau la.mungkin itu taste beliau.

dan semasa kes liwat dilemparkan kepada anwar,beliau masih boleh berdebat dengan cemerlang.dengan sungguh cool.berbanding shabery cheek yang bercakap tanpa isi sehinggakan keluar air liur di pipi kanan.

oh.pasal isu liwat td.kemungkinan ada dialog sebegini sebelum tuduhan liwat itu.

DATO' : eh,sy tgk anwar tu dah btol2 kuat la skrg.sy risau jgk,nnt dia btol2 dapat jadi pm.xbes la macam ni.malu la sy nanti. zzZZZzzZZZZzzzzZ.

TUN : errr..tu la.awak kena la pikir btol2.cari jalan,tangkap dia,campak kedalam errr tahanan isa.kan senang.

DATO' : emmm..tu la..macamana eh..sy xde idea la nk wat cmne.bukan senang nak perangkap dia tu.eh awk boleh tlg sy x?

TUN : nk tolong apa lagi.tgk la dulu macam mana saya buat.(muka bangga).

DATO' : oooo..ok ok.nanti sy buat..terima kasih tun..hahahahha..padan muka kau anwar..hahaha..

TUN : haha.kesian kau.

Wednesday, July 16, 2008

kamaludin jamlus.pengomen ikhlas.

hah.semalam aku dapat 1 komen.menarik.ni aku tlg copy utk kamu baca.

"ni aku rumuskan dr apa yg aku baca dr awal..
haris..ko ni amat suke menulis ke apa
nak jadi blogstar
nak jd cool..nak org tgk ko cool??"

haha..aku seronok sebenarnya.mungkin disitu ada satu persoalan iaitu beliau tanya adakah aku nak jadi blogstar.ataupun nk srh org tgk aku cool.hah,kelakar la mamat ni.(aku rasa dia ni laki sbb biasanya pompuan puji aku).

tp aku xkesah.sebab comment adalah satu bonus.comment yang mengutuk pn aku anggap bonus.sebab aku yakin kamu pn suka baca post yg byk komen.kan?

rasanya mamat tu tny aku
-nak jadi blogstar?
-nak jadi cool?
-nak org tgk aku cool?

ok ok.aku jawab.terlebih dahulu izinkan aku panggil pengomen itu dengan nama kamaludin jamlus.

kamaludin jamlus...
awak baca blog saya ye.terima kasih.sebab saya memang suka tgk jumlah pembaca saya meningkat.tambahan pula awak komen blog saya.lagi saya seronok.tapi kenapa awak tanya macam tu?kalau aku nak jadi blogstar pn awak peduli apa.kan?

kamaludin jamlus...
awak ni kelakar la tanya soalan macam tu.awk ingat saya nak jadi cool ke.sebenarnya memang saya nak jawab"mesti la.lagipun saya memang hebat."tapi rasa macam malu plak.macam jugak kalau besfren awak tny suka x kawan ngan dia.ataupun awak jumpa kawan yang dah lama terpisah.pastu makan sama2.xtau nak cakap apa.mesti rasa malu2 kan.biasa la tu kamaludin.tgk la persekitaran.Tuhan buat unta tu tinggi sebab apa?sebab jubah pak arab semua labuh.bukan sebab senang nak kene tembak(entah apa2 persamaan aku).ok.lain tempat lain keadaannya.jagung dan cili amat menyelerakan dalam masakan.tp kalau ia berada di dalam mangkuk jamban?

ok lah kamaludin.aku pn dah malas ni.bye




Monday, July 7, 2008

rokok-'nakal' yang diperlukan

(karya ini ditulis dalam keadaan separa sedar)

menulis dalam keadaan bodoh,selepas satu percubaan berhenti merokok yang gagal.oh memang aku rasa pelik.dan skali lagi,bodoh.

sebelum ni aku ada mengkaji pasal rokok.berhenti merokok.dan merokok balik.dan aku terlalu yakin yang aku dapat berhenti.walaupun aku sedar itu hanya paksaan dalam minda aku.dan sebenarnya masih ada saki baki fikiran aku yang mengatakan aku akan hisap balik.mungkin hanya 1%.mindsetting aku begitu.dan dengan 99%,aku berhenti selama 24hari.

hah.aku blur dan masih mencuba untuk menulis.

aku baca blog abang aku.idea2nya memang btol dan menarik.cuma dia xdapat gambarkan perasaan seorang yang cuba berhenti merokok,kerana dia xpernah mencuba.satu petikan dalam blognya-[merokok adalah sangat cool (kepada perokok) dan sangat merosakkan kesihatan (pada yg tak merokok)].dan kepada yang ingin berhenti merokok,merokok adalah terlalu cool dan terlalu membahayakan kesihatan.dan setiap masa aku perlu membuat pilihan.dan sampai satu tahap dimana otak tidak begitu kuat(tambahan ejekan rakan2 mengatakan aku berhenti rokok sbb awek),merokok akan menjadi sangat cool.itu adalah hakikat.

dan proses berhenti merokok tidak akan berjaya di universiti.aku fikir.

lagi petikan dari blog abang aku-[orang yang bijak pandai, atau punyai kelebihan takkan mau berenti merokok sebab merokok bertindak sebagai 'balancer' untuk kelebihan atau kebaikan dia. contohnya, kau dapat no 1 dalam exam, so orang akan cakap "fuyyo mamat tu hisap rokok tapi tiap2 kali exam pun dpt no 1"].

ya,balancer ini amat penting.dan seseorang memang memerlukan sesuatu yang 'nakal',ataupun sedikit jahat didalam diri mereka.dan sesuatu yang 'nakal' inilah membuatkan dia tidak terlalu nerd.skema.mahupun innocent.dan sesungguhnya aku masih memerlukan ini.cubaan aku seterusnya hanyalah minimizekan pengambilan rokok.

lagi2 kwuoirzoq + untuk rokok boleh dibaca di blog abang aku.

oh,aku sudah meyokong rokok.dan aku sudah rasa yang kini aku sudah 'nakal' kembali.bodoh rasanya.