Sunday, April 20, 2008

alam sial itu

aku lepas study thermodynamic.matapelajaran menyampah ala2 kimia time spm dlu.blajar kira mol,atom dan molekul sesuatu bahan.aku yakin tiada orang suka fucking matapelajaran sebegini.

aku baru balik dari rumah slh seorang coursemate aku.aku sentiasa pergi merujuk ape2 yg aku xpaham dgn dia.dia sggh pandai.aku dan budak kos aku pggl dia wiki(bukan nama sebenar).shortform of wikipedia.dan dia adalah wikipedia yang bergerak.makan.minum.dan usha awek seperti bujang2 yang lain.tny je dia apa2,confirm dia tau.tp ini bukan topik utama aku.

sekejap aku pegi cari rokok.

ok.hari ni hidup aku normal.tadi selepas aku abis exam,aku balik ke kolej.aku pergi ke pejabat.amik hadiah yang dipost kwn aku dari penang.nama dia mimie(tq mimie).aku bukak kotak.aku dapat baju dan alat tulis.seronok dan teruja.exam sebelum ni aku pinjam alatulis kwn2 aku.kini aku xperlu lagi pinjam.dan xperlu lagi padam karbon pensel dgn menggenyeh airliur ke kertas.

dari kecik aku beli pensel, pemadam, ruler, pen, aku xkan dapat gunanya sampai habis dakwat.lepas guna 2@3 kali,mesti hilang.dan hilangnya memang aneh dan xdapat dijejaki.pernah aku dan abg aku mengkaji kemana hilangnya benda2 itu,tapi xde jawapan.dan abangku telah mengeluarkan faktanya sendiri.

"kita ada lagi satu alam.alam itu menyimpan semua benda yang hilang secara misteri,termasuk alatulis,baldi semasa diasrama dulu, lighter dll.xperlu kita kaji semua tu."

aku cuba berfikir,menggerakkan semua molekul otak yang aku ada,dan memusingkannya.

"btul" aku kata.

itu ayat yg keluar dari kotak fikiranku,kerana aku tahu,kehilangan benda sebegitu memang xdapat di kesan.aku ambil jalan mudah dengan mengiakan kata2nya.itu sahaja jalan yang aku ada.

sekarang setiap kali harta aku hilang(termasuk duit syiling dan rokok),aku pasrah dan kata"berbahagialah engkau di alam sana".aku xperlu banyak berfikir.senang.

and to mimie:thanks a lot. dan aku akan jaga alatulis itu supaya ia xterlepas ke alam sial itu.

Thursday, April 17, 2008

politik&plkn

slamat malam.aku rasa kamu baca waktu malam.sbnrnya aku sudah ngantuk.saja aku menulis supaya otak aku sedikit berpusing.aku percaya apabila kamu banyak berfikir kamu menjadi lebih bijak.memang aku suka berfikir.

aku mencari sumber supaya aku dpt berfikir.aku online,aku baca harakah.aku baca berita harian.aku baca blog blogstar2 yang teruk akidahnya.aku baca pasal babi di harakah.aku baca pasal babi di berita harian.errr babi yg aku maksudkan adalah org yang bermain dgn isu itu.

aku suka politik.dan berpolitik.dlu di khidmat negara aku jd yb.memancing undi,menjanjikan pelbagai kemudahan dan sentiasa mencuba untuk menipu.seperti politician malaysia-samy vellu dgn semi value projectnya.sungguh celaka.dlu di pkn aku mmg jahat.merokok dan mengintai wirawati mandi.(cukup jahat bagi seorang pelatih pkn).aku cuma berlakon baik dihadapan jurulatih. bercakap tentang akhirat bila berjumpa jurulatih dan sujud syukur jika dpt makan banyak.(saja aku tmbh supaya nmpk baik).

3bulan aku disana dgn keresahan yg tidak henti2.setiap masa aku berpeluh.terasa panas didalam lapisan kulit seperti seorang yang tidak cukup tidur.mahupun menahan berak. dan peluh2 itu menjanjikan suatu yang cukup hipokrit untuk aku berlakon di hadapan jurulatih2.

yang aku ingin kaitkan adalah situasi politik kini.di malaysia.sama seperti aku dulu.pandai berkata2 dan hipokrit,aku dipercayai orang lain.aku suka hidup di malaysia.tp aku benci cara demokrasi kita.rasuah dan fitnah berlambak-lambak.pemimpin semua hipokrit.memang banyak.aku tahu sbb aku baca paper kerajaan dan pembangkang.seorang mat ganja prnh berkata-"tiada apa yang boleh dipercayai didalam suratkhabar.melainkan sport toto".aku cukup percaya.sudah.aku mau tdo.

Tuesday, April 8, 2008

sila komen.

~dan terima kasih kerana memuji.

Monday, April 7, 2008

gambar-aku anggap ia menarik

ha.sori.pkl 3 mmg aku kene off.itu memang adat kukum(formerly known as unimap).aku xtau kenapa.mungkin diorang update software2 baru supaya pelajar xdapat melayari laman2 yang lucah,ataupun laman laman yang lucah.dan laman web lucah.susah.aku xtengok.tapi itu xpenting.yang penting adalah gambar aku sekarang.aku pasti aku amat hensem.itu aku form 2 kot,aku pn xbrapa igt.gemuk(aku sedar) namun tetap hensem.masa tu aku bukan cacat mahupun sydrom down.sumpah.

aku gemuk.aku tau.dari darjah 2 sehingga form5,aku cukup gemuk.aku persoalkan kepada keluarga semasa dinner bersama2.aku anggap ini faktor keturunan.abg aku gemuk.abg aku gemuk.abg aku gemuk.(aku ada 3abg).kakak aku pn gemuk.tp desas desus hati aku kata aku paling gemuk.jadi aku yang persoalkannya.malangnya isu yg aku timbulkan tidak mendapat perhatian.mungkin diorang smua malu dgn kegemukan,obesiti dan lemak yang diternak di lapisan perut dan tetek.xmengapa.kata aku.

hampir 8thn aku membela lapisan lemak2 itu.aku sudah lali dgn kepayahan utk mencari saiz seluar.kepayahan utk menarik baju sekiranya ia terlekat di celah antara tetek dan perut.kepayahan utk mengangkat balik boxer jika ia terlondeh ke bawah perut.dan kepayahan utk duduk bertinggung(mmg lenguh di bhgn betis).tp aku redha.mmm aku xberniat nk bersedih sebenarnya.tp gemuk mmg sedih.itu lumrah.

gemuk--> sedih--> hensem(aku saja)

Sunday, April 6, 2008

tajuk-aku anggap ia seronok

aku agak pening memikirkan tajuk2 blog aku.setelah kwn2 aku yg memberi idea semuanya spt babi.susah.-malaysia-pil chikit teck aun-pharmaceutical-dan macam2 lagi idea yang langsung tidak bernas.sblm ni aku memang seronok mengutuk blog2 kwn aku trmasuk muyen.blog ntah pape.nk baca pn xselera.lg elok aku habiskan masa dgn menyedut surya yg dijual due.high.aku xisap ganja.juga aku xminum arak spt akab.aku benci org jahat.beliau menyusahkan.dan aku benci mereka-mereka yang ingin tunjuk mereka jahat.sblm ni aku ikuti prkmbangan blog akab.memang menarik.idea2 dan humor yang bleh aku terima.bagi aku dia adalah blogstar.tp aku tetap benci dia.pengaruh aku xsehebatnya.dia mengaku dia minum.tp jgn bgtau org lain.minum arak xhebat.aku tau.dlu aku slalu kne basuh ngan ckgu plkn.eh da pkl 3.aku off-